Wednesday, March 22, 2006

Rumah Tradisional Melaka dan Alat Tradisional bagi Menghasilkan Beras




Rumah tradisional Melaka yang dipindahkan ke hutan FRIM.







Alat-alat tradisional untuk menghasilkan beras yang digunakan pada zaman dahulu yang ditunjukkan di Muzium FRIM untuk tatapan umum. I think some of these tools are still used by the villagers in some places.

Tuesday, March 21, 2006

Hutan FRIM




Rumah Terengganu lama yang dipindahkan dari Terengganu ke hutan FRIM.








Posing menarik Jacky dan Connee ketika di hutan FRIM.

Pandangan dari Matahari Ride

Since tak ramai orang during this time, so kami naik hampir semua rides yang ada. Tip nak pegi genting, pegilah masa tengah bulan dan bukan hari cuti, then boleh try semua rides tanpa perlu beratur panjang ;).

Hari yang Berwarna-warni




Berlatarbelakangkan hotel yang berwarna-warna. Sama meriahnya dengan suasana di Genting ni.

Cable Car


Pandangan dari cable car, menarik!

Have Fun di Genting











Kunjungan Jacky ke Malaysia untuk kali kedua, since dah banyak tempat Jacky dah visit, so kami bawa dia ke genting untuk having fun.

Wednesday, February 22, 2006

Binaan yang menarik


Setiap kali melihat bangunan yang mempunyai reka bentuk begini, setiap kali itulah teringatkan papan catur. Satu binaan yang menarik yang bercirikan istana lama yang terdapat di Europe.

Bukit Tinggi, Bentung, Pahang


Kunjungan yang tak dirancang. Pada mulanya hanya nak melepak di KLCC but then bila tengok jalan jam teruk, kami tukar haluan ke Bukit Tinggi. Seronok melepak kat sini, makan-makan dan menikmati pemandangan yang menarik.

Thursday, August 18, 2005

Kawasan sejarah perlombongan Newman, Western Australia





Ni pulak kawasan pelancongan Newman. Kawasan ni sebenarnya kawasan perlombongan bijih besi, panas betul. Disebabkan semua pacuan 4 roda dah disewa, kami hanya melepaskan geram dengan mengambil gambar bersama-sama dengan jentera-jentera berat yang digunakan untuk kerja-kerja perlombongan.

Jentera-jentera ni memang besar, berkali-kali ganda saiz kereta biasa. Tak dapat nak bayangkan macam mana nak operate jentera ni. Jentera ni pulak tak boleh nak panjat, so tak boleh ler nak ambik gambar kat driver seat dia.

Perjalanan ke Mt. Magnet, Western Australia



















Gambar ni kami ambil semasa dalam perjalanan ke Mt. Magnet. Jalan raya terlalu lenggang sampai boleh berlari-lari jer kat atas jalan tu. Tapi sekali sekala tu kena la tengok-tengok juga ke belakang kot-kot ada lori-lori yang besar lagi panjang yang sememangnya banyak menggunakan laluan ni. Kat tepi jalan tu pulak boleh nampak kawasan yang kering kontang tak berpenghuni. Susah betul nak tengok rumah-rumah orang kat sini sebab kawasan dah lebih kurang macam kawasan gurun. Cuma tak macam gurun sahara yang berpasir tu.

Btw, kami sempat jugak singgahj di Cue untuk ambik gambar dengan pejabat pos lama kat situ. Tapi tak ingat la pulak tarikh pejabat pos tu di bina. Rasa-rasanya dalam 1900s. Cue ni sebenarnya bandar kecik jer, tapi ada daya penarik dia, dengar citernya ada kawasan berbatu yang cantik. As usual kami tak sempat nak pegi visit sebab agak jauh ke dalam lokasi yang nak dilawati tu. May be next time kalau rasa cam sanggup jer lagi nak drive jauh-jauh kat kawasan gurun ni ;).

Friday, August 12, 2005

Rock Garden, Western Australia



Tak sangka tempat-tempat yang berbatu macam ni boleh boleh dijadikan kawasan pelancongan. Rasa-rasanya kat Malaysia pun banyak kawasan-kawasan macam ni, btw, mungkin terlalu biasa bagi orang-orang kita, so tak terfikir pun orang akan pergi melawat.

Kami ni pun sebab dah sampai kat kawasan ni so ambik ler gambar, cantik juga sebenarnya. Bagi orang yang meminati batu batan macam kami ni, kira menarik lah :)

Disebabkan kami tidak menggunakan pacuan empat roda, so hanya boleh explore sedikit jer kawasan taman batu ni. Lebih-lebih lagi cuaca sebenarnya terlalu panas, so semangat nak berjalan-jalan di sekitar taman ni pun kurang memberangsangkan.

Gambar batu yang kat atas sebenarnya agak menarik sebab kalau di tenung betul-betul, batu tu nampak macam bentuk muka binatang, ada telinga, dua mata dan hidung. Btw, mungkin only me yang fikir macam tu. So, itulah keunikan taman batu ni.

Howard Park, Western Australia





Pemandangan menarik di Howard Park, down south Western Australia. Howard Park ni sebenarnya adalah salah satu kawasan penanaman anggur dan pengeluaran wine di WA. Kawasan ni memang boleh dikatakan sebagai well planned, segala-galanya teratur, bersih dan amat menarik.

Sementara menunggu member-member yang lain pegi merasa free wine, kami melepak-lepak di kawasan ni dan enjoy the view. Sejuk mata memandang.

Dalam gambar kedua tu boleh nampak pokok-pokok anggur yang di tanam berbaris-baris. Tapi buah-buah anggurnya dah habis dituai. Tak de rezeki untuk kami nak merasa buah anggur kat sini.

Sunday, July 31, 2005

Berlatarbelakangkan bandar Perth


Sekali tengok macam bergambar kat KL jer, btw gambar ni kami ambil masa melepak kat Kings Park kat Perth. Hari dah nak malam dah pun, disebabkan suka sangat tengok cahaya lampu dari bandar Perth tu, so kitaorang sengaja ler berposing sakan.

Tepian curam

Ekkkkk .... kuatnya angin sampai kena pegang topi, kalau tak mesti dah terbang masuk laut. Syok dok tepi curam ni, tapi sejuknya sehingga mengigilkan semua gigi-gigiku hahahahah....

Wednesday, July 27, 2005

Coral Beach, Western Australia

Pantai ni sangat la cantik, warna air dia ada hijau, hijau muda, biru gelap, biru terang dan warna macam ungu. But since hari dah petang, so tak sempat nak mengintai corals yang dikatakan tersangat la cantiknya kat sini.

Padang Mustard

Tak tau sama ada nak panggil ladang atau padang mustard, tapi memang menarik kalau dilihat dari jauh. Meeeemaaaang cantik!

Bunga-bunya liar di Meerakatha, Western Australia

















Bergambar kenangan dengan bunga-bunga liar di sepanjang perjalanan ke Mt Magnet dan Meerakhata, utara Western Australia. Nampak cantik, tapi bagi yang allergy, mesti teruk tergaru-garu sebab bunga-bunga ni walaupun cantik amatlah menggatalkan kulit kalau terkena hehehe. My face teruk kena rashes because of these wild flowers. Tu lah sebab sibuk sangat nak bergambar dengan bunga-bunga ni lah. Tapi bunga-bunga ni cantik kan!